Saturday, 17 September 2011
Nikmat Allah @ 19:21
0 talkative person(s)
Tidakkah anda rasa bersyukur atas nikmat ALLAH.? Nikmat yg ALLAH telah berikan dari hujung rambut hingga hujung kaki? Sedarkah ?
"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)? " ( Surah Ar-Rahman : ayat 13 )
Sanggupkah anda menukarkan penglihatan anda dengan bukit-bukit wang emas,tetapi anda buta?
Sanggupkah anda menukarkan pendengaran anda dengan bergunung ganang berlian permata,tetapi anda tuli?
Sanggupkah anda menukarkan mulut anda dengan beberapa buah,tetapi anda bisu?
Sanggupkah anda menukarkan semua nikmat yg ALLAH berikan itu untuk semua kekayaan dunia yg tidak booleh dibawa ke akhirat ini? Oleh kerana itu,bersyukurlah atas segala nikmat yg ALLAH berikan kepada anda dgn BERSYUKUR.
Bersyukur bukan sahaja dgn mulut iaitu sekadar hanya mengucapkan kalimah "ALHAMDULILLAH" tetapi dgn cara TAAT KEPADA SEGALA SURUHAN ALLAH.Itulah erti syukur yg sebenarnya.
JADI,NIKMAT ALLAH YG MANAKAH INGIN KAMU DUSTAKAN?
http://www.youtube.com/watch?v=Ekhyqu8LGpU
❤ older posts / / newer posts ❤