Friday, 4 November 2011
Sahabatku,Segalanya Tentang Kita @ 07:34
0 talkative person(s)
Assalamualaikum...
Apa khabar para blogger hari ini? Harapnya semua berada dalam keadaan sihat sejahtera di bawah lindungan payung kasih ALLAH hendaknya...
Dalam dunia,selain ALLAH,RASUL,IBU DAN AYAH,AL QURAN,kita juga mempunyai SAHABAT.Tambahan pula untuk saya yang berada di asrama.Dan syarat pertama dan paling penting untuk tinggal di asrama adalah KENA ADA KAWAN.
Cuba bayangkan kalau kita tak dak kawan.Mesti merana kan? Sunyi?
Oleh kerana itu,saya pun ada kawan.Dan kawan saya itu ialah AISYAH BINTI YUSOF.Dan pabila saya tanya maksud namanya.Dia berkata "hidup bahagia".Dan perkara itu mmg benar pada dirinya.Dia merupakan seorang yg ceria,tidak mudah mengalah,dan juga SAHABAT BAIK SAYA.Orangnya sederhana,manja dan sifat keperempuanan itu ada pada dirinya.Dan yg paling saya suka ialah DIA bukan seorang yang PENGKHIANAT.
Begitulah sahabat saya.Ceria wajahnya bagai tidak pernah bersedih.Tapi kelemahannya hanya satu.DIA CEPAT MENGANTUK.Sekiranya tiada aktiviti apapun yg hendak dilakukan,maka dia akan mengantuk.Dan bermulalah kerja saya sebagai seorang sahabat iaitu cuba menghalangnya drpd tidur dan lakukan aktiviti bersama saya.(Kerja seharian)
Oleh kerana dia terlalu baik untuk saya,Saya sentiasa berdoa kepada ALLAH agar kami dilindungi di bawah payung kasih ALLAH.Dan saya juga berharap agar persahabatan ini merupakan persahabatan yg diredhai olehNYA....
❤ older posts / / newer posts ❤